Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sand To Diamond Corporation

Sunday 10 April 2011

Home » » Permainan Catur Bistari

Permainan Catur Bistari



Catur Bistari. Mungkin ada di antara kita yang mengetahui dan tidak mengetahui tentang Catur Bistari ini. Catur Bistari ini merupakan salah satu permainan yang sangat berbeza berbanding permainan 'Jutaria', 'Saidina' mahupun 'Monopoli'. Catur Bistari merupakan satu permainan yang mendidik pelajar dalam bidang keusahawanan.




     KONSEP CATUR BISTARI

  1. Permainan "catur" bermaksud "board game'
  2. Istilah “Catur” dan bukan “Dam” digunakan memberi maksud ia satu permainan yang bukan bertujuan untuk hiburan dan bersantai semata-mata, malah mempunyai matlamat sampingan bernilai tinggi.
  3. “Catur” juga bermaksud mempunyai ciri “percaturan” atau penyusunan strategi dan berupaya membentuk ciri-ciri “ketajaman” akal dan bertindak dengan kebijaksanaan yang tinggi untuk mencapai kemenangan atau kejayaan.

OBJEKTIF CATUR BISTARI


     Objektif Catur Bistari ialah mencetus minat dan kesedaran kepada anak-anak dan para pelajar dalam aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan perniagaan dan keusahawanan. Selain itu, objektif Catur Bistari ini juga bertujuan untuk membentuk budaya dan minat keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan di masa hadapan. Yang terakhir, objektif Catur Bistari juga bertujuan untuk memupuk nilai-nilai usahawan berjaya seperti :
  • Memahami liku-liku kehidupan dan cabaran yang akan dihadapi di alam kerjaya dan keusahawanan.
  • Belajar bila untuk mengambil risiko.
  • Membina kecekapan dan kemahiran perundingan dan persepakatan dalam menjayakan sesuatu usaha.
  • Memupuk minda keusahawanan dan minat berbisnes.
  • Kemahiran dan kecekapan membuat keputusan.
  • Mengembangkan jaringan usahasama.
  • Menanam semangat berbisnes untuk kesempurnaan hidup mengikut nilai Islam.

PERMAINAN CATUR BISTARI




Akan datang : Cara Permainan Catur Bistari



PENULIS :

Muhamad Hafiz Aiman bin M. Sani (www.hafizaiman95.com)
Pengurus Pemasaran,
Sand To Diamond Corporation.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Total Pageviews