Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sand To Diamond Corporation

Tentang STD

     Sand To Diamond Corporation (STD) merupakan sebuah syarikat di bawah kendalian Kelab Tunas Bistari. Terletak di SMK Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. STD merupakan syarikat baru yang berpotensi untuk bersaing dengan beberapa syarikat lain di sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang.

     Tujuan STD diwujudkan ialah untuk mendidik pelajar untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di peringkat sekolah. STD mempunyai seorang Ketua Eksekutif yang mentadbir perjalanan syarikat. Ketua Eksekutif dibantu oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang terdiri daripada Pengurus Pemasaran, Pengurus Pentadbiran, Pengurus Kewangan dan pengurus Pengeluaran.  Setiap ALP mempunyai peranan penting dalam perjalanan syarikat.

     Namun, STD merupakan syarikat baru dan masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Dengan penubuhan blog rasmi STD Corp ini, STD dapat bergerak seiring dengan syarikat-syarikat lain di sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang.


ShoutMix chat widget

Total Pageviews