SAND TO DIAMOND CORPORATION (SMK Pasir Putih)

Sand To Diamond Corporation (STD) merupakan sebuah syarikat di bawah kendalian Kelab Tunas Bistari. Terletak di SMK Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. STD merupakan syarikat baru yang berpotensi untuk bersaing dengan beberapa syarikat lain di sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang. Namun, STD merupakan syarikat baru dan masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Dengan penubuhan blog rasmi SAND TO DIAMOND ini, STD dapat bergerak seiring dengan syarikat-syarikat lain di sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang.

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sand To Diamond Corporation

Sunday 10 April 2011

Permainan Catur Bistari



Catur Bistari. Mungkin ada di antara kita yang mengetahui dan tidak mengetahui tentang Catur Bistari ini. Catur Bistari ini merupakan salah satu permainan yang sangat berbeza berbanding permainan 'Jutaria', 'Saidina' mahupun 'Monopoli'. Catur Bistari merupakan satu permainan yang mendidik pelajar dalam bidang keusahawanan.

Thursday 10 February 2011

Aktiviti : Jualan Sempena Mesyuarat Agung PIBG

          Pada  29/10/2011  seramai  23  orang  ahli  daripada  33  ahli  syarikat  Sand  To  Diamond  Corporation  telah  mengambil  bahagian  dalam  jualan  sempena  Mesyuarat  Agung  Persatuan  Ibu  Bapa  dan  Guru  (PIBG)  yang  bertempat  di  perkarangan  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Pasir  Putih.  Jualan  ini  bermula  pada  jam  8.30  pagi  hingga  1.00  petang. 

      Sand  To  Diamond  Corporation  telah  menjual  beberapa  jenis  makanan  dan  minuman  ringan  seperti  Muffin  Coklat,  Kek  Coklat,  Kuih  Hijau,  karipap,  Air  Kotak  dan  Ice  Blanded.  Sambutan  terhadap  jualan  di  gerai  Sand  To  Diamond Corporation amat  menggalakkan  terutamanya  daripada  kaum  ibu  bapa  yang  hadir  pada  hari  itu.  Setiap  ahli  dibahagikan  kepada  beberapa  kumpulan  oleh  Nurul  Raiedah  binti  Rosman, Ketua  Eksekutif  syarikat  Sand  To  Diamond  Corporation.  


Ketua Eksekutif, Nurul Raiedah sedang memberi tunjuk ajar kepada ahlinya.

Empat orang ahli sedang sibuk menyiapkan pesanan Ice Blanded oleh pelanggan.

Kek Coklat, Muffin Coklat dan Roti Sosej

Set Catur Bistari


PENULIS :
Muhamad Hafiz Aiman bin M. Sani (www.hafizaiman95.com)
Penyelaras ICT

Friday 17 July 2009

Pengenalan

Sand To Diamond Corporation (STD) merupakan sebuah syarikat di bawah kendalian Kelab Tunas Bistari. Terletak di SMK Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. STD merupakan syarikat baru yang berpotensi untuk bersaing dengan beberapa syarikat lain di sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang.

Tujuan STD diwujudkan ialah untuk mendidik pelajar untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di peringkat sekolah. STD mempunyai seorang Ketua Eksekutif yang mentadbir perjalanan syarikat. Ketua Eksekutif dibantu oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang terdiri daripada Pengurus Pemasaran, Pengurus Pentadbiran, Pengurus Kewangan dan pengurus Pengeluaran. Setiap ALP mempunyai peranan penting dalam perjalanan syarikat.

Namun, STD merupakan syarikat baru dan masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. Dengan penubuhan blog rasmi STD Corp ini, STD dapat bergerak seiring dengan syarikat-syarikat lain di sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang.


ShoutMix chat widget

Total Pageviews